Selasa, 27 Disember 2011

Inspiration .

Assalamualaikum .

*happy with you*
*sigh*

Alahai . Dah nak sekolah dah . Tadaa ! PMR -.- Huaaa ! Ya Allah . Takut nya . Hanya KAU yang tahu . Kalau 2012 tak ada PMR kan aman . Tak de lah aku hidup dalam ketakutan . Well , aku tak nak cakap pasal azam baru dah . Azam tahun lepas pon aku tak dapat tunaikan sepenuhnya lagi . Just half of it . Pasal preparation . Hmm , aku nak berubah kepada yang lebih baik . Cuti nie aku tak lah buang masa sangat . Kadang - kadang tu aku baca jugak buku for preparation untuk next year . Tak de lah blur sangat nanti . Finally , homework pon dah siap . Nanti tak payah terhegeh - hegeh baru kelam kabut nak buat .






 Seriously , aku memang nak fokus untuk next year . Aku tak nak cakap je . Aku nak aku mampu buat semua tu . Tak de lah aku nie cakap kosong je . Hmm , keadaan kesihatan aku pon bukan nya menentu sekarang nie . Masuk bulan nie je dua kali aku kena jumpa doktor . Hari - hari telan pil . Eiyakks ! -.- So , aku kena pandai - pandailah balancekan masa rehat and study aku . Haa ! Next year jugak aku tak buat timetable for study dah . Aku bukannya ikut pon . Habiskan kertas je . Bla bla bla bla . Kadang - kadang bila aku bosan and tak de mood nak study , aku nengok video Matluthfi90 and Anwar Hadi . Sebab video yang diorang buat banyak  bagi inspirasi dekat aku . Lepastu aku jadi rajin balik . HAHA . They're amazing . Okay done . Toodles :|  

Jumaat, 23 Disember 2011

Encik Mimpi ! I dream of you :)


By Encik Mimpi

Assalamualaikum .

Cuba try dengar lagu by Encik Mimpi tu . Confirm cair punyalahh . Then go to Youtube and go to his channel . Banyak lagu dari dia . Alaa , confirm la ramai yang kenal right ? Diaa pon ada blog . Haa ! Tapi bukan tu soalnyee . Malam tadi aku dengar lagu ni . Sekali jee . Bila nak tidur tu suara dia terngiang - ngiang dekat telinga . Memang lewat aku tidur semalam sebab berangan lebih *jangan tanya aku berangan apa* Tup tap tup tap tap tup tapu tup tup dushh dushh kebabomm kuek kuekk aku terlena . 

 Tiba - tiba , terasa bahuku disentuh oleh seseorang . Lembut sangat sentuhan tu . Lantas aku bangun sambil mengusap-usap mataku yang masih sukar untuk dibuka luas . Terasa juga tanganku dipegang oleh seseorang . Pegangan yang sungguh erat . Tetapi kelembutan masih dapat dirasa . Mataku dipaksa juga untuk dibuka agar dapat melihat apa yang sedang terjadi terhadap diriku . Aku tergamam kerana dihadapanku berdirinya seorang lelaki yang sederhana tinggi sedang berkata sesuatu kepadaku . Tetapi , aku tidak pasti apa butir bicara yang dikatakan olehnya . Wajahnya juga tidak berapa jelas kelihatan . Yang pastinya seorang lelaki . Ya . Lelaki . Pegangan yang erat tadi mulai renggang . Sesusuk tubuh yang berdiri dihadapanku mulai kabur dan makin menghilang seperti angin . Aku tergamam sehinggakan aku tidak dapat berbuat apa-apa . Pandangan mulai gelap , sejuk dan kaku . Tiba-tiba ada suara yang datang entah dari mana berkata ''Encik Mimipi !!''

                                                                    *mimpi*



*boleh tak nak mimpi dia lagi*

*atau dia ni kee?* xDD

Yaa ! Semua tu hanyalah mimpi dan bukan realiti . Gilaa laa , kalau ada lelaki pegang tangan aku mesti aku tepis . Tapi dalam mimpi tu seriously aku memang tak boleh buat apa-apa . First time aku mimpi paling pelik macam tu . Macam kartun tau tak ! -.- Aku just adaptasi sikit jee penulisan dia macam novel supaya sedap dibaca . HAHA . But , sweet laa bagi aku *kening-kening* And suddenly , baru aku teringat yang aku lupa baca doa tidur -.-
 

Copyright © 2011 Reserved to Make your dreams to reality
Design by Mr.Sepet