Selasa, 25 Oktober 2011

DuaLimaSepuluhDuaRibuSebelas






















Let bygone be bygone Dear ,
Hari nie jumpa Syamil Si Handsome and Amzar Si comel ^.^



Isnin, 24 Oktober 2011

Mintak Maap :P




Maafkan aku , 
Sebab aku tak mampu nak tunaikan seperti apa yang kau harapkan .
Aku dah cuba , dengan sedaya upaya yang aku mampu .
Tapi aku tetap macam nie , maafkan aku .
Aku tak boleh buat seperti yang inginkan .
Tapi kau jangan salah sangka terhadap aku .
Aku . . . hermm pegi mampuslah kau .


________________________________________________________


Sorry merepek XD

Ahad, 23 Oktober 2011

Saya Tak Kisah Awak :'>


Saya ingat lagi pertama kali waktu kita berjumpa
Awak pemalu sangat , sebab tu awak pendiam
Awak tak ade sorang pun kawan , awak kata sayalah kawan pertama awak dekat kolej tu
Saya sebagai lelaki akan lindungi perempuan yang lemah macam awak
Jadi awak tak perlu risau lagi

Bila awak pergi mana-mana , saya mesti ikut awak
Saya risau tentang keselamatan awak dekat kolej tu
Pernah satu hari awak tak siap assignment yang pensyarah kasi kat awak minggu lepas
Saya kata kat awak jangan risau
Awak ambik assignment saya dan pergi hantar dekat pensyarah awak
Awak tak perlu risau pasal saya
Lepastu awak senyum
Saya suka tengok senyuman awak
Tiap-tiap hari mesti saya akan tercari-cari lesung pipit manis awak tu
Ia buat hari-hari yang saya lalui lebih bermakna

Ada satu hari tu
Pensyarah kasi assignment lagi , tapi kali nie berpasangan
Masa tu awak tak de pasangan pun , semua dah ada pasangan masing-masing
Saya datang dekat awak
Awak jangan risau , sebab saya sudi jadi pasangan awak
Lepastu awak senyum
Hati saya tenang

Petang tu saya ajak awak jalan-jalan
Walaupun dah banyak kali kita keluar bersama
Awak tak pernah tolak
Tapi saya tak pernah rasa jemu pun
Saya sanggup luangkan masa rehat saya semata-mata untuk bersama awak

Beberapa bulan lepastu
Awak dah ada ramai kawan
Lelaki dan perempuan
Saya tak kisah awak ada ramai kawan
Asalkan awak bahagia kerana itu yang terbaik bagi saya

Masa cuti semester tu
Saya ajak awak keluar
Tapi kali nie berbeza
Awak tolak
Sebab awak dah janji dengan kawan-kawan awak yang lain keluar sama-sama
Saya senyum je walaupun dalam hati saya terkilan
Saya nie bukan kawan awak ke

Makin lama makin jarang saya bersama awak
Awak selalu dengan kawan-kawan awak
Tapi perasaan yang saya simpan terhadap awak tak pernah berubah
Saya buat keputusan untuk luahkan perasaan saya terhadap awak
Pada malam birthday awak hujung minggu nie
Saya janji

Hujung minggu tu saya bangun awal dari yang biasa
Dari pagi sampai kepetang saya siapkan segala-galanya untuk malam istimewa awak
Segala-galanya dah diatur 
Saya harap ia akan berjalan seperti yang dirancangkan

Malam tu saya call awak
Saya suruh awak datang 
Tapi
Awak kata awak tak boleh
Sebab awak sekarang tengah celebrate birthday dengan kawan-kawan awak dekat rumah awak
Lepastu awak terus off phone awak
Saya terkedu
Kenapa awak buat macam nie dekat saya
Sampai hati awak tak jemput saya pun
Tapi saya tak kisah 
Saya tak kisah awak

Sejak dari hari tu
Setiap kali saya nak jumpa awak
Awak mesti elakkan diri awak
Setiap kali terserempak dengan awak
Awak mesti beri alasan yang awk busy
Saya tak tahu bila masa yang sesuai untuk luahkan perasaan saya dekat awak
Tapi tak pe 
Saya tak kisah pun 

Hari tu saya nampak awak jalan dengan seorang lelaki nie
Bolehla tahan
Kawan-kawan saya cakap lelaki tu teman istimewa awak
Hati saya sakit awak
Sakit sangat

Saya sedih awak
Sejak pertama kali kita jumpa
Perasaan istimewa saya terhadap awak dah wujud
Awak tak terfikir ke
Saya sanggup korbankan apa saja untuk awak
Sebab ape
Sebab saya sayangkan awak
Terlalu sayangkan awak
Tapi semua tu dah berlalu
Dah terlambat untuk saya bertindak awak

Saya ambil keputusan untuk keluar dari kolej tu
Saya tak bagitahu sesiapun kecuali kawan-kawan terdekat saya
Buat apa saya duduk dekat kolej tu lagi kalau ia hanya membawa kenangan pahit je
Saya pergi awak
Saya tahu awak tak kisah 

Sekarang saya dah ada kehidupan baru
Walaupun saya dah lama tak dengar khabar awak
Tapi saya tak berhenti berdoa tentang kebahagiaan awak
Saya hanya nak tengok awak bahagia
Sampai bila-bila pun saya tak akan berhenti sayangkan awak
Tak pernah sekali pun
Awak . . .






Sabtu, 22 Oktober 2011

Kisah Kami . . .

Awak terima kasih untuk segala-galanya saya ucapkan
Awak sabar je dengan semua kerenah saya
Awak tak kisah saya gedik
Awak tak kisah saya mengada-ngada
Awak tak kisah saya manja

Awak terima kasih untuk segala-galanya
Awak tak pernah lupa untuk nasihatkan saya
Awak tak pernah lupa untuk tegur saya
Awak tak pernah lupa untuk ingatkan saya
Tentang semua kesalahan yang saya lakukan

Saya ingat lagi masa kita sama-sama jalan-jalan dekat shoping mall
Masa tu saya suruh awak tunggu saya sebab saya nak pergi toilet perempuan
Masa saya on the way nak balek semula kat awak
Saya terharu tengok awak
Awak tengah tolong angkat barang nenek tua yang terjatuh
Padahal nenek tu baru je marah awak tadi sebab awak terlanggar tongkat dia
Nenek tu siap nasihat kat awak jangan bawak anak dara orang keluar sesuka hati
Awak siap cakap terima kasih dekat dia
Saya terharu
Saya tak sangka dalam hidup saya akan datangnya orang macam awak

Awak terima kasih untuk segala-galanya
Kerana awak sudi bersama saya
Masa saya suka dan duka

Awak tak kisah kalau saya call awak tengah-tengah malam
Sedang awak nyenyak tidur
Semata-mata untuk cerita dekat awak pasal mimpi ngeri saya
Lepas tu awak bebel dekat saya sebab saya tak ikut cakap awak
Yelaa saya lupa nak basuh kaki sebelum masuk tidur
Awak saya tak sengaja

Awak terima kasih awak
Awak tak kisah pon apa yang saya buat dekat awak
Saya tahu yang awak banyak terasa dengan saya
Saya nie lurus
Saya nie tak de perasaan
Tapi awak masih terima saya
Masih sayang saya
Untunglah ada orang sayang

Awak ...
Walaupun tiap-tiap hari saya sakitkan hati awak
Saya nak awak tahu
Satu perkara je yang perlu awak tahu pasal saya dan awak
Saya tak pernah lupa untuk ingatkan diri saya sendiri tiap-tiap hari yang
SAYA SAYANG AWAK <3

Ahad, 9 Oktober 2011

Dear My Hearts :)

If we want something that sincerely from someone heart  do not force the other hearts . Let it calm and think the right decision what should it be . Don't judge a book by it's cover . Never misjudge it . Stay strong and if we succes to be calm , i'm sure we get a good rest that will make us smile ever after . 

Ahad, 2 Oktober 2011

HENTIKAN MEMBACA KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh...

Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt. "

Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi.

Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt" . Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ............ diiringi bau wangi yg menusuk hidungku...

Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas.....


***PERHATIAN! !!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.



Lalu aku tertawa sendiri...
"Cilaka punya perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr



                                                                -sharing is caring right ?-
 

Copyright © 2011 Reserved to Make your dreams to reality
Design by Mr.Sepet