Sabtu, 4 Februari 2012

Terima Seadanya .


Assalamualaikum .


Hai budak . Ehem , aku nak pesan sikit dekat kau . Ingat , kau dah ada awek . Jaga awek kau elok-elok . Jangan bagi dia salah faham lagi dengan hubungan kita . Kita memang rapat kan . Tapi , kau dah ada si dia ,kau mestilah lebihkan si dia . Aku ? Tak pe :') Aku boleh jaga diri aku sendiri . Kurangkan text dengan aku lagi . Nanti si dia marah lagi . Dia bukan marah aku . Dia marah kau kan . Dah dah . Jangan nak menangis macam budak kecik lagi . Aku tak boleh nak pujuk kau dah lepas ni . Kau kan dah ada si dia . Nanti apa pulak si dia fikir. Aku tak nak benda yang lepas berulang kembali . Sekarang ni pon aku tengok korang dah bahagia balik selepas konflik tu berakhir . Aku minta maaf tau pasal tu . Aku tak berniat pon . Lepas ni , kita dah jarang nak contact sampai pukul dua tiga pagi dengan alasan kau tak boleh nak tidur . Alaa , lepas ni kau boleh suruh si dia nyanyi dodoi kan untuk kau . Tau ? Tau ? Lepas ni , kau tak boleh suruh aku pilihkan baju untuk kau lagi . Okay ? :') Kau kena jadi lebih matang untuk si dia tu , biar dia rasa dilindungi , disayangi , bukan aku lagi tau :') Aku rindu kau . Pasti . Dan aku tak akan pernah sekali pon cuba lupakan apa yang pernah kita lalui selama bertahun pengenalan kita ni . Aku harap semoga kau berbahagia dengan si dia . Jangan lupa aku :')

                                                                                                    -typing with teardrops-
 

Copyright © 2011 Reserved to Make your dreams to reality
Design by Mr.Sepet