Memaparkan catatan dengan label Sang Malam Menanti Bulan danBintang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sang Malam Menanti Bulan danBintang. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Februari 2012

Terima Seadanya .


Assalamualaikum .


Hai budak . Ehem , aku nak pesan sikit dekat kau . Ingat , kau dah ada awek . Jaga awek kau elok-elok . Jangan bagi dia salah faham lagi dengan hubungan kita . Kita memang rapat kan . Tapi , kau dah ada si dia ,kau mestilah lebihkan si dia . Aku ? Tak pe :') Aku boleh jaga diri aku sendiri . Kurangkan text dengan aku lagi . Nanti si dia marah lagi . Dia bukan marah aku . Dia marah kau kan . Dah dah . Jangan nak menangis macam budak kecik lagi . Aku tak boleh nak pujuk kau dah lepas ni . Kau kan dah ada si dia . Nanti apa pulak si dia fikir. Aku tak nak benda yang lepas berulang kembali . Sekarang ni pon aku tengok korang dah bahagia balik selepas konflik tu berakhir . Aku minta maaf tau pasal tu . Aku tak berniat pon . Lepas ni , kita dah jarang nak contact sampai pukul dua tiga pagi dengan alasan kau tak boleh nak tidur . Alaa , lepas ni kau boleh suruh si dia nyanyi dodoi kan untuk kau . Tau ? Tau ? Lepas ni , kau tak boleh suruh aku pilihkan baju untuk kau lagi . Okay ? :') Kau kena jadi lebih matang untuk si dia tu , biar dia rasa dilindungi , disayangi , bukan aku lagi tau :') Aku rindu kau . Pasti . Dan aku tak akan pernah sekali pon cuba lupakan apa yang pernah kita lalui selama bertahun pengenalan kita ni . Aku harap semoga kau berbahagia dengan si dia . Jangan lupa aku :')

                                                                                                    -typing with teardrops-

Sabtu, 28 Januari 2012

Orang Yang Pandai Agama Akan Low Profile .

Assalamualaikum 

Orang yang pandai tentang agama ni dia akan low profile dia . Dia tak akan nak show off yang dia tahu semua hukum hakam duniawi . Orang yang show off ni tergolong dalam golongan orang yang cetek agama . Siapa je yang suka akan orang yang berlagak alim ni kan . Okay , aku ni pun bukanlah pandai sangat tentang agama ni tapi aku ni tak lah jahil tentang agama kita sendiri . The Religion of Truth . Semua orang tahu , lagi banyak kita belajar tentang ilmu ni lagi banyak benda yang kita tak tahu . Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad . Okay , okay , orang yang suka show off ni antara orang yang tidak sedar diri . Tegah sana tegah sini . Nasihat orang tu orang ni padahal dia sama sekali tidak cermin diri sendiri terlebih dahulu . Sedarlah diri . Kita semua sama . Yang   berbeza hanyalah amalan yang kita bina . Anda mampu mengubahnya . Terima kasih 

*
*i miss my stars*


                                                                                     komen sikit mehh :)

Khamis, 26 Januari 2012

Mungkin Suatu Hari Nanti :')

Assalamualaikum 

Ya , mungkin suatu hari nanti . Aku mendoakan itu .

*yess , my superhero's always awesome*
 
Kalau lah kau tahu isi hati sebenar aku . Tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata . Andainya aku diberi kekuatan untuk menyatakan isi hati yang dah lama aku pendam . Tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata . Orang kata , kalau suka sama suka , tak usah luahkan sudah pasti dapat dibaca dari hati ke hati . 

Eiii -.- Kenapa dengan aku ni . Mamai ke hapee ? Stop it . PLEASEEE . 

Kalau lah suatu hari nanti kita dapat bersua . Aku nak kau tahu . Aku sayang kau 'shopping complex' 

pssst : Hoi budakk :D aku post pasal kau ni ✿ ✿ 

Ahad, 22 Januari 2012

A week .

Assalamualaikum 

School holiday :) Awesome much ! Paling awesome bila homework cikgu bagi macam cuti sebulan . Aww ~ Tak tau lah boleh siapkan ke tak . Memang cuti ni dah plan macam-macam . Pening pening . so what's up all bloggers ? muehehe . okay laa , in this post I want to share something dengan orang-orang yang open their mind . hmm , beberapa bulan yang lepas masa online . tiba-tiba ada sorang mamat ni yang agak kerek bagi aku tegur 'hai . ngh wt pew tuww?' and kebetulan time tu aku busy tengah berblogging and seriously aku lupa nak reply in facts aku ingatkan aku dah reply chat dia tu . lepas aku habis blogging back to the facebook and he was offline . aku bukak la profile dia sebab memang aku tak kenal dia la kan . rasanya , baru berapa minggu approve mamat tu . terbaca status dia yang latest agak-agak beberapa minit sebelum dia offline . 'tu lerw org zamn sekrg , bajet jerw . org tegur bknnye nk bls' and i was like ' euww -.- annoying giler ' seriously la memang terasa la kan . memang khas ditujukan untuk aku lettuw . HAHAHA . tanpa melengahkan masa aku unfriend dia terus *rolling eyes* serve you right . since tadi , aku online banyak status yang 'berbunyi' macam ni 'ONLINE RAMAI . TApi satu owg pon tak tgor . BAPAK SOMBONG KORUNK Ni ! haha' Innocent laa bang ooi . 

 Kepada facebookers yang suka buat status macam tu , jangan la suka buat andaian sendiri . Fikir la logik sikit . Kenapa tak korang sendiri yang tegur semua yang online tu . Facebook . Ada je orang yang add orang semata-mata nak banyakkan friends list dia kan . Mustahil lah tak ada . And one more thing , tak semestinya orang yang online tu free . Maybe dia busy buat homework sambil online , buat assignment sambil online , main game sambil online and macam-macam lagi la . Korang sendiri pon tau kan . 
 
 Please , stop buat status yang bukan-bukan . Okay ? Facebook ni umum and ikut suka hati kita la nak buat apa kan asalkan jangan sampai menyusahkan orang lain . Bak kata Matluthfi90 'biar annoying jangan innocent' Muehehe  .



*tu dia Matlutfhi90 and Anwar Hadi* 

Sabtu, 14 Januari 2012

Thanks for understood me .

Assalamualaikum :)

and hai to them :)

Since two weeks tak update blog . Alaa , sapa jea yang kisah kan ? Bukan la , I'm just staying in a hostel . So tak ada masa nak update selalu . Again , sapa jea yang kisah kan ? ;D Hmm , orang cakap tahun baru lembaran baru kan ? Aku dapat rasakan sesuatu yang berlainan dekat diri aku tahun dari tahun lepas . Alhamdulillah kalau aku dah boleh berubah and kurangkan tabiat-tabiat yang tak berapa nak elok tu . Alaa , bukan nya tak elok sangat pon .

 Diri ini mulai mencapai ketengan setelah dapat mengikis kenangan-kenangan pahit sedikit demi sedikit dari ingatan . Yes , I'm saying about about friends . Dulu kami kawan . Tapi sekarang aku dah anggap dia macam abang aku sendiri . Abang yang sudi mendengar segala luahan hati ni . Abang yang sabar  when I'm not in a good mood . And abang yang ikhlas hulurkan bantuan tanpa diminta . Sounds annoying right ? HAHA . Biarlah nak jiwang sikit xD ops sorry . Ni bukan jiwang tapi serious . Okay ?

  Sekarang ia dah berbeza dari seorang kawan . Ia dah menjadi sahabat . Yes , sahabat lebih indah makna nya dari kawan . Facts . This is what I want . Benda yang aku cari selama ni . Bukan senang . Even bukan selalu kita dapat rasakan saat - saat macam ni . Saat dimana kita diberikan sepenuh perhatian , dia dengar tanpa bantahan dimana - mana . Malah saat dia sedar ada linangan air mata yang hampir mengalirkan , pantas dia suruh menyeka air mata tu . Annoying lagi kan ? Tapi ni lah yang terjadi dekat aku baru - baru ni . Aku bersyukur sangat dapat kenal dengan dia . Bersyukur sangat :') 

Ahad, 1 Januari 2012

Countdown :)

Assalamualaikum :)

Fuhh , penat sangat hari nie . Cuti sekolah kali ni banyak meninggalkan kenangan yang indah . Yang jauh kita dekatkan . Saling rapat - rapatkan ikatan silaturrahim diantara satu sama lain . Alhamdulillah . Akhir tahun pun sudah tiba betul - betul ke penghujungnya . Semoga segala amalan yang kita lakukan dalam tahun ni diterima olehNya :) InsyaAllah .


Okay okay . Actually nak post pasal hari ni :) Pagi tadi aku bangun sendiri tau . Tak dek siapa yang kejut tau *bangga nie* Siap - siap pukul 9 pagi terus gerak pergi Lost World Ipoh . Wah wah wah :D ngehh ~ Habis la gelap muka . Dah la nak sekolah dah :P Okay okay . Perjalanan ke Ipoh dari Slim River only takes 1 hour okay . So , perjalanan pun tak bosan sangat . Dengan kerenah adik aku yang suka merepek tak tentu hala tu . Memang perut sakit habis lah gelak even tu memang lawak bangang antarabangsa . Dengar radio volume kuat giler :P Haha . Okay sampai Ipoh around 10 something la kan . Tak terus pergi Tambun . Singgah ekspo dekat Ipoh kejap . Nice . Dari jauh dah nampak chef chef bertanding dalam satu pertandingan antara chef chef hotel . Deyy , tinggi giler topi diorang :) *batak* Lepastu , ada pertandingan Car Decoration . Pergh , bab bab kereta ni memang minat la kan . Smart sangat sangat kereta yang diorang hias tu . Kreatif . Bajet yang diorang keluarkan mesti mahal giler giler . Lepastu , ada pertandingan Vespa Paling Cantik and Vespa Paling Buruk . Adoi .. kah kah kah . Aku lalu jee depan tu . Spoil mood den nak nengok . Jalan jalan lagi , banyak sangat la pameran . Dah la panas . Berpeluh dibuatnya . Dah tak tahan panas terus gerak pergi Lost World . 

Dekat je la kan . Around 15 mins dah sampai . Sebab jalan tak sesak macam selalu . Masuk - masuk beratur dekat kaunter , pergh memang ramai giler la kan pagi pagi . Kali ni aku tak mandi . Takut gelap :P *okay diam* Tak lama lah diorang mandi . Lepas mandi tu , jalan jalan kat sana . Penat beb . Paling penat time aku kayuh swan dekat tasik . Aku ambik swan number 4 . Kebetulan kat tengah tengah tasik tu ntah macam mane  handle dia tak boleh pusing arah kanan . Arah kiri and tengah jea boleh . HAHa , memang cuak lah . So , aku gerak kebelakang jea . Serious sakit sangat kaki . 

Senang citer , dah habis jalan jalan dekat sana . Terus gerak pergi Giant kejap nak beli barang sikit untuk jamuan malam ni . New Year la kan . Eh wait ? 11:52pm already . Okay 'guys' . I need to pen off now . See you next year . Sorry tak update picture . Cable rosak -.- shit

I WISH ALL BLOGGERS A HAPPY NEW YEAR AND HOPE ALL YOUR WISHES COME TRUE :)


                                                                                                                                      aww , iwmy 2011

Selasa, 27 Disember 2011

Inspiration .

Assalamualaikum .

*happy with you*
*sigh*

Alahai . Dah nak sekolah dah . Tadaa ! PMR -.- Huaaa ! Ya Allah . Takut nya . Hanya KAU yang tahu . Kalau 2012 tak ada PMR kan aman . Tak de lah aku hidup dalam ketakutan . Well , aku tak nak cakap pasal azam baru dah . Azam tahun lepas pon aku tak dapat tunaikan sepenuhnya lagi . Just half of it . Pasal preparation . Hmm , aku nak berubah kepada yang lebih baik . Cuti nie aku tak lah buang masa sangat . Kadang - kadang tu aku baca jugak buku for preparation untuk next year . Tak de lah blur sangat nanti . Finally , homework pon dah siap . Nanti tak payah terhegeh - hegeh baru kelam kabut nak buat .






 Seriously , aku memang nak fokus untuk next year . Aku tak nak cakap je . Aku nak aku mampu buat semua tu . Tak de lah aku nie cakap kosong je . Hmm , keadaan kesihatan aku pon bukan nya menentu sekarang nie . Masuk bulan nie je dua kali aku kena jumpa doktor . Hari - hari telan pil . Eiyakks ! -.- So , aku kena pandai - pandailah balancekan masa rehat and study aku . Haa ! Next year jugak aku tak buat timetable for study dah . Aku bukannya ikut pon . Habiskan kertas je . Bla bla bla bla . Kadang - kadang bila aku bosan and tak de mood nak study , aku nengok video Matluthfi90 and Anwar Hadi . Sebab video yang diorang buat banyak  bagi inspirasi dekat aku . Lepastu aku jadi rajin balik . HAHA . They're amazing . Okay done . Toodles :|  

Jumaat, 23 Disember 2011

Encik Mimpi ! I dream of you :)


By Encik Mimpi

Assalamualaikum .

Cuba try dengar lagu by Encik Mimpi tu . Confirm cair punyalahh . Then go to Youtube and go to his channel . Banyak lagu dari dia . Alaa , confirm la ramai yang kenal right ? Diaa pon ada blog . Haa ! Tapi bukan tu soalnyee . Malam tadi aku dengar lagu ni . Sekali jee . Bila nak tidur tu suara dia terngiang - ngiang dekat telinga . Memang lewat aku tidur semalam sebab berangan lebih *jangan tanya aku berangan apa* Tup tap tup tap tap tup tapu tup tup dushh dushh kebabomm kuek kuekk aku terlena . 

 Tiba - tiba , terasa bahuku disentuh oleh seseorang . Lembut sangat sentuhan tu . Lantas aku bangun sambil mengusap-usap mataku yang masih sukar untuk dibuka luas . Terasa juga tanganku dipegang oleh seseorang . Pegangan yang sungguh erat . Tetapi kelembutan masih dapat dirasa . Mataku dipaksa juga untuk dibuka agar dapat melihat apa yang sedang terjadi terhadap diriku . Aku tergamam kerana dihadapanku berdirinya seorang lelaki yang sederhana tinggi sedang berkata sesuatu kepadaku . Tetapi , aku tidak pasti apa butir bicara yang dikatakan olehnya . Wajahnya juga tidak berapa jelas kelihatan . Yang pastinya seorang lelaki . Ya . Lelaki . Pegangan yang erat tadi mulai renggang . Sesusuk tubuh yang berdiri dihadapanku mulai kabur dan makin menghilang seperti angin . Aku tergamam sehinggakan aku tidak dapat berbuat apa-apa . Pandangan mulai gelap , sejuk dan kaku . Tiba-tiba ada suara yang datang entah dari mana berkata ''Encik Mimipi !!''

                                                                    *mimpi*



*boleh tak nak mimpi dia lagi*

*atau dia ni kee?* xDD

Yaa ! Semua tu hanyalah mimpi dan bukan realiti . Gilaa laa , kalau ada lelaki pegang tangan aku mesti aku tepis . Tapi dalam mimpi tu seriously aku memang tak boleh buat apa-apa . First time aku mimpi paling pelik macam tu . Macam kartun tau tak ! -.- Aku just adaptasi sikit jee penulisan dia macam novel supaya sedap dibaca . HAHA . But , sweet laa bagi aku *kening-kening* And suddenly , baru aku teringat yang aku lupa baca doa tidur -.-

Selasa, 20 Disember 2011

Our Dreams

Assalamualaikum .

Hmm , masa sekolah rendah dulu cikgu - cikgu selalu tanya apa cita - cita kita bila besar nanti . HAHA . Miss that moment :') Lepastu , bila ada murid yang jawab 'belum fikir lagi' mulalah cikgu bebel bla bla bla bla bla . Especially murid lelaki , mesti ramai yang jawab macam tu . By the way , masa sekolah rendah dulu *hmm , sekolah rendah ke menengah ke sama jea pendirian aku* banyak cita - cita aku . I want to be a Teacher , Pakar Motivasi *sebab dulu - dulu aku suka cakap sorang - sorang depan cermin , hmm sekarang pon sama jugak* Actress , Novelis *sebab aku suka membaca* HAHA . Banyak sangat cita - cita . Tapi , bila ada orang tanya cita - cita aku apa , aku akan jawab 'Cikgu *kening kening*' Masa tu kecik lagi , alaa budak sekolah rendah . Heh ! Sekarang nie aku dah lain . Lebih open minded and matured *guruh* Cita - cita aku pon dah berubah . From a teacher , I want to be a Bussinesswomen . Ikut jejak ayah ;) Pendirian aku 'maybe' tetap . Tapi kita belum tahu lagi sejauh mana cita - cita dan impian yang kita harapkan itu tercapai . Walaupon kita dah berusaha tapi dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan . Orang kata aku nie seorang yang berkarisma dan nampak matured . Tengkorak kome ! -.- Ingat lagi , masa sekolah rendah , kawan - kawan aku bila ada masalah dengan 'pakwe' diorang lah konon . Mesti cari aku . Mesti mintak pendapat aku and mesti suruh aku bantu . With reason , aku nie nampak macam seorang yang berpengalaman dalam hal - hal macam nie . Hehh ! *muntah - muntah* Tapi , sebagai kawan yang 'baik' aku bantu jea lah mereka yang memerlukan . Apa orang cakap 'bajet pandai , padahal hampeh' kan kan ? Takpelah asalkan diorang bahagia and aku pon bahagia jugak . Bahagia sebab berjaya memperdayakan mereka :D 

                                                        He's awesome and I knew it :)
                                                                 
p/s : impian aku *impian dengan cita-cita sangat lah berbeza maknanya . tak percaya google it and you will see the truth* dapat jumpa dengan kesemua admire aku and aku nak bagi tau diorang yang aku dah lama minat diorang *ada berani ka ?*

Sabtu, 17 Disember 2011

Missed called .

Last night , habis jea solat isya' tiba - tiba jea aku teringat dekat kau . Seriously I am . Selalu nya malam - malam before kau tido kau mesti message aku . Mesti punye lah . At least kau cakap 'goodnight bulan' dekat aku . Tapi , dah dekat dua minggu kita tak berhubung . Yaa , aku hormat kau sebab kau ada exam right ? And , phone aku pon menggedik tak boleh sent message pulak , call pon tak boleh -.- Tukar yang baru nanti baru padan muka 'kau' . Okay back to the normal . Lepas jea aku habis solat , aku tak terus keluar bilik . Termenung aku sorang - sorang atas katil tu . Yeahh , I'm thinking of you . Tiba - tiba *seriously* kau call aku . And I was like '' Uhh ? =.= What the ? '' yang aku pon 'bijak' sangat . Tengok jea nama kau terpapar dekat screen -.- Bukan nak tekan accept . But aku bersyukur lah aku tak tekan decline . Kalau tak mesti dia terasa . Actually , aku memang tak tau nak buat apa time tuu . Yang kau pon satu ! Call sekali jea . Call lah lagi ! *kesian kau pulak yg kena* Aku sangat sangat sangat sangatlah terkesima and terkejut at the same time . Memang kaku lah kan . Dalam fikiran aku masa tu just 'eh betul ke nie ?' 'kebetulan jea kan ?' 'kita ada chemistrylah !:D' ' kau ada 6ixthsense ke ?' Fuhh ! But memang aku menyesal lah tak angkat panggilan dari kau time aku rindu kau pulak tuh . And sampai sekarang , sekarang nie , detik nie , cehh I'm still wait for your calling . Yes I will , because I miss you ;) Aku rindu kau panggil aku bulan .

Jumaat, 9 Disember 2011

STILL WAIT FOR MY SUPERSAVER ! :|

Assalamualaikum *smile

This typing specially for my SUPERDUPERSUPERSAVER . Even I know diaa tak akan baca pun kan . But I still type this entry for HIM . In hope , diaa akan baca jugak *berangan la minah nie  Hmm , for those sesiapa jea lahh yang baca entry nie , ada ke yang terasa yang aku nie actually secret admire diaa . Yeaa budak ! Aku nie secret admire kau . Aku tau kau tak tahu enn ? Aku nie dah lah pengecut . Aku berani tengok kau dari jauh jea . Aku tau kau dah ada your own partner . Tapi tak salah kan kalau kita berkawan ? Seriuosly , bila aku tegur kau dekat laman sesawang aku rasa macam aku nie dah spoil kan mood kau . Aku asyik terfikir yang *alamak , minah nie lagi* *hish diaa nie , kacau jea laa* Even , aku tau you're not that type of person . Tapi , entahlah . Bila aku nak tegur kau time kau update status kau dekat laman sesawang yang kau tengah bosan , benda benda macam tu terus datang dekat minda aku . And , at the same time automatically aku tak jadi nak tegur kau sebab aku takut semua tu betul which is aku akan spoilkan mood kau yang sedia ada . 


Dear my SUPERDUPERSUPERSAVER I miss you damn much >< Kenapa aku panggil kau SUPERDUPERSUPERSAVER ? Sebab bila aku tengah sedih or in a good mood , tengok gambar kau pun dah boleh ceriakan aku balik . Automatically . Seriously laa . You got the power :')

Kalau lah kau baca post aku nie , yess . . . and it's true . Kau lah SUPERSAVER yang aku maksudkan . Tolong lah terasa cik abang woiii ! 

Jumaat, 2 Disember 2011

Kota Impian :')

Assalamualaikum :)

Aww . Siapa yang tak teringin nak pergi melancong dekat luar negara kan . Well , ayah dah banyak negara luar dia pergi . Tapi tak ajak . Hehh ! Hehe , apa laa . Urusan keje la ngekk >.< But tempat yang paling aku teringin sangat nak pergi dari dulu is Paris . That is 'Syurga Beli-Belah' . Orang cakap laa . Tapi betul kan . Paris is an interesting place . Many places of interest that we can go . Walau macam mana sekalipun , once we were there it would not be complete withou a stop at Eiffel Tower . Aku ada keychain Tower tu lahh . *hehh , batak giler dia ni =.=  Itu pon Wanie Halim yang kasik . Thanks doe ! xD 

Eiffel Tower <3

Well , Imagine aku betul betul berdiri di hadapan Eiffel Tower tuh >.< Oh My Allah ! I can't imagine how I feel that time *kening kening  . Dekat sana jugak tempat yang orang selalu kunjung that is The Seine River . Memang ramai giler kan orang kat sana sampaikan ada yang sanggup tunggu semata-mata nak naik boat dekat sungai tu . Dengar citer laa , sungai tu memang ada sejarah dia yang tersendirilah . No wonder laa ramai orang dekat situ enn *kening kening .

Kalau nak shopping memang banyak la kan mall kat sinun . Boleh visit dekat les Halles ataupun 4 Temps . Yang barang-barang tradisional pon ada kot . Tak sangka memang berlambaklah dekat deprtment store . Banyak kedai dekat sinun . Mane aku tau semua nie ? Go and find it lahh -.- And yang butik pakaian yang paling famous kat sana that is rue Royale and Place Vendome . Ada lagi satu tapi malas nak eja xD Memang famous lahh kan butik nie sebab pakain kat sinun memang brand la kan . Bila dah brand nie harga nya pon paham paham lah kan . 

Huhh . Kalau ditakdirkan lah that my dreams become in reality . Wow o.O Ahahah ! No wonder lah it will be my sweet memories ever and after *sigh   

Ahad, 27 November 2011

8 Ciri Lelaki Yang Wanita Cari :)

Assalamualaikum sayang-sayang sekalian :)



HEHE ~ Look at the title . Vogue gitu lorh ! XD Merepek ? Kdiam -.-
Tadi jalan-jalan sambil singgah dekat blog-blog yang agak cun melecun . Hasil pembacaan yang aku dapat . Nie lahh ! I just want to share something . So read this , my pleasure ^^

Lelaki-lelaki dekat luar sane tu ! Kau . Kau . Kau dan jugak kauu ! Haa ! Yang kat belakang tu , kau pon sama jugak ! Jangan berlagak jadi perempuan pulak . Korang semua jangan ingat lelaki je yang ada high class punya pilihan . Perempuan pon ada jugak tau . Malah lebih cerewet bab-bab macam nie tahu ? 
                                              
1.Yakin Pada Diri Sendiri
 Haa ! Lelaki yang macam nie lah yang perempuan sangat gilai okay . Kami tak cari lelaki yang hanya tunjuk berani di depan kaum hawa je tau . Jaga-jaga tu ! Kami tidak mencari lelaki yang asyik rendahkan diri sendiri malah kami cari lelaki yang matang dan berfikiran terbuka , walaupun tak semprna . Remember okay , NOBODY IS PERFECT :)

2. pandai Buat Lawak
Semua orang tahu kan yang perempuan nie tiap-tiap bulan mesti ada hari mood mereka asyik nak melenting je tak tentu pasal . So masa nie para lelaki harus memainkan peranan memeriahkan suasana . Ceriakan sikit kami kaum hawa nie . Jangan kami moody korang pon ikut join moody jugak .

3. Romantik
Aww ~ Siapa je yang tak nak lelaki yang romantik nie kan ? Tapi korang kena ingat . Romantik nie bukannya masa korang untuk menggatal atau miang ! Lelaki yang romantik nie ialah lelaki yang pandai mengambil hati dan bijak memainkan kata-kata . Aww ~ Sweetnyee >.<

4. Duit
Jangan korang fikir pulak yang kami nie hanya perempuan yang 'materialistik' pulak . Memang ada golongan yang macam tu tapi tak semua kan . Kami hanya mahukan lelaki yang berwibawa dan berkerjaya sahaja . Dari situ kita dah dapat lihat yang lelaki yang jenis macam ini ialah seorang lelaki yang betul-betul bertanggungjawab .

5. Bijak 
Kami bukan apa . Kami hanya mahukan lelaki yang bijak dan berpendidikan tinggi sahaja . Walaupun dia kurang bijak sekurang-kurangnya dia boleh melanjutkan pelajaran jadi masa depan mereka cerah . Kalau korang nak menampakkan diri korang tu bijak , pakailah cermin mata yang tak ada power tu XD Mesti nampak korang akan nampak seperti seorang yang intelek . Padahal korang just nak bergaya supaya nampak lebih trendy kan ? ;)

6. Sensitif
Kami mencari lelaki yang bersifat sensitif agar korang dapat memahami perasaan kami . Kami pon berasa selesa dengan sikap korang kerana tidak bersikap egoistik dan keras hati .

7. Suka Budak-Budak
Haa ! Lelaki macam nie lah yang perempuan sangat suka . Korang akan nampak macho bilak korang pandai melayan kerenah budak-budak . Paham-pahamlah kan kerenah si kecil nie jenis yang macam mana . Sikap ambil berat atau caring korang akan terserlah disitu .

8. Pandai Bergaya
Kami tahu lelaki zaman sekarang nie suka bergaya . SUKA bergaya bukannya PANDAI bergaya . Ada beza disitu ehh ? Jadi banyak-banyakkanlah membaca majalah fesyen yang terkini . Haa ! Bagi cik abg yang keding-keding tu , naik-naikkanlah sikit muscle korang tu ekk . Supaya kami akan berasa selamat bila berdamping bersama korang :)

Apapun tiada yang sempurna didunia nie , tapi tak salahkan kalau pura-pura sempurna XD Kidding2 :P

Rabu, 23 November 2011

Kehadapan kepada kau kau dan kau :)


Assalamualaikum :)

Hmm . Sayang-sayang dekat luar sane tu . Whether you are single , couple or scandal . Cintailah orang yang sayang dekat kita dengan sepenuh hati kita . Bersyukur kerana kita telah dikurniakan seorang insan yang betul-betul ikhlas dan tulus menyayangi kita . Kita tak sedar yang dia telah lakukan segala-galanya untuk kita tanpa kita sedari . Kita tak tau pon . Yelaa , buat apa nak orang tau apa yang dia buat untuk orang yang dia sayangi sedangkan dia betul-betul ikhlas melakukannya . Hmm . Indah kan ? Sebelum buat keputusan , fikirlah dulu perasaan orang disekeliling kita . Orang yang menyayangi kita . Jangan pentingkan diri sendiri sayang :') Sebab kita akan kehilangan segala-galanya . Bak kata kakak aku yang comel ni <3 Janganlah kita tinggalkan orang yang sayang dekat kita semata-mata nak pergi dekat orang yang kita sayang kerana orang yang kita sayang akan pergi dekat orang yang mereka sayang . So sayang-sayang sekalian . Jangan sia-siakan Si Dia okay ! :D Dia dah lakukan yang terbaik untuk korang . Korang bila lagi ? ^.^

Sabtu, 19 November 2011

I'm Not Perfect :)



Assalamualaikum :)

Err ? What ? Hmm . Abaikan gambar-gambar kat atas tu . Okay sayang ? Good .
Hey ! Hey ! Perlu ke kita pura-pura sempurna untuk nampak SEMPURNA depan orang lain ?
Semestinya tak kan ? Okay-okay , bukan nak citer apa lah kan . Tapi , kenapa ehh ? Dalam dunia nie dah makin susah nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas , jujur and most important tak hipokrit . Okay fine , aku bukan lah nak bajet cool , perfect or what so ever kan . Tapi kadang-kadang tu aku menyampah sangat sebab ada dikalangan orang sekeliling aku nie pura-pura baik dengan aku , caring lah sangat dekat aku , bajet nak sokong aku padahal bila belakang kita . Ya Allah ! Hampeh ! Dia lah jin , dia lah setan , dia lah iblis . Hmm . Memang ada kan golongan-golongan orang yang macam nie .So tak kisah lah kan . Tapi , apa motif dia PURA-PURA baik , caring and what so ever kalau dia dah benci bin menyampah dah dekat kita ? Aku nie bukan lah Dato' Siti yang kau boleh tumpang famous . I'm not perfect and I'm trying to be perfect in fact nobody's perfect . Tak salahkan ? In case ... Hmm . Kalau betul laa apa yang aku sangka kan nie , just go on with it . Aku nak tengok sama ada kau nie betul-betul orang ke atau binatang yang sanggup tikam belakang kawan sendiri . Okay sayang ? Andailah engkau baca aku punya entry nie , kalaulah engkau terasa lah kan . Renung-renungkanlah dan pandai-pandailah kau berubah ehh ? Kbaii :)

Jumaat, 18 November 2011

PLEASE APPRECIATE IT :)




Assalamualaikum :)

Hmm . Seronok kan kalau kita menyayangi dan rasa disayangi . Even kita buruk mana sekalipun orang tu tetap terima kita . Banyak mana kesalahan yang kita buat , dia mesti maafkan kita . Dia tahu manusia tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan . Even kesalahan yang kita buat tu , kalau itu yang terjadi dekat kita hati kita mesti sakit hanya DIA je yang mengetahui . Terima kasih kalau awak sayangkan saya . Saya tahu , ego saya tinggi . Saya tak layak pon nak bersama awak . Tapi awak tak kisah semua tu . Apa yang orang akan cakap , kata , awak biarkan je . Saya tak boleh nak sayang dekat awak macammana awak sayangkan saya . Sebab saya tak layak untuk disayangi oleh orang yang macam awak . Tapi saya nak awak tahu , walau apa pun yang terjadi saya tak akan pernah lupakan awak . Mana mungkinkan orang sebaik awak nie saya boleh lupakan ? Maafkan saya kalau saya tak sesempurna yang lain . Malam tu happy sangat bila saya dengan awak . Awak lain dari sebelum nie . Saya harap sangat masa bergerak dengan perlahan supaya saya sentiasa berada disisi awak . Tapi mustahil la kan sayang ? Malam yang indah tu berlalu jugak . Malam yang disaksikan bulan dan bintang-bintang yang sentiasa kita nantikan bila tibanya sang malam . Esoknya saya lalui hari-hari seperti biasa . Saya tunggu awak . Tapi awak takde jugak . Tapi takpe . Esok masih ada . Esoknya tu pulak saya tunggu awak lagi . Hmm . Sama jugak . Awak tak muncul-muncul . Takpelah awak . Awak busykan ? Saya tak kisah lah awak . Macamtu lah jugak dengan hari yang seterusnya sehingga sekarang dihiasi yang dengan detik-detik waktu yang bergerak mengikut putaran . Tidak berhenti . Awak ? Maafkan saya . Maafkan saya kerana selalu bersikap ego dekat awak . Hmm . Perempuan , biasa lah kan . Susah nak mengalah . Degil :) Hati keras :) Terima kasih awak sebab beri peluang untuk saya merasai kasih sayang dari awak . Terima kasih sangat-sangat :)
 

Copyright © 2011 Reserved to Make your dreams to reality
Design by Mr.Sepet