Ahad, 27 November 2011

8 Ciri Lelaki Yang Wanita Cari :)

Assalamualaikum sayang-sayang sekalian :)



HEHE ~ Look at the title . Vogue gitu lorh ! XD Merepek ? Kdiam -.-
Tadi jalan-jalan sambil singgah dekat blog-blog yang agak cun melecun . Hasil pembacaan yang aku dapat . Nie lahh ! I just want to share something . So read this , my pleasure ^^

Lelaki-lelaki dekat luar sane tu ! Kau . Kau . Kau dan jugak kauu ! Haa ! Yang kat belakang tu , kau pon sama jugak ! Jangan berlagak jadi perempuan pulak . Korang semua jangan ingat lelaki je yang ada high class punya pilihan . Perempuan pon ada jugak tau . Malah lebih cerewet bab-bab macam nie tahu ? 
                                              
1.Yakin Pada Diri Sendiri
 Haa ! Lelaki yang macam nie lah yang perempuan sangat gilai okay . Kami tak cari lelaki yang hanya tunjuk berani di depan kaum hawa je tau . Jaga-jaga tu ! Kami tidak mencari lelaki yang asyik rendahkan diri sendiri malah kami cari lelaki yang matang dan berfikiran terbuka , walaupun tak semprna . Remember okay , NOBODY IS PERFECT :)

2. pandai Buat Lawak
Semua orang tahu kan yang perempuan nie tiap-tiap bulan mesti ada hari mood mereka asyik nak melenting je tak tentu pasal . So masa nie para lelaki harus memainkan peranan memeriahkan suasana . Ceriakan sikit kami kaum hawa nie . Jangan kami moody korang pon ikut join moody jugak .

3. Romantik
Aww ~ Siapa je yang tak nak lelaki yang romantik nie kan ? Tapi korang kena ingat . Romantik nie bukannya masa korang untuk menggatal atau miang ! Lelaki yang romantik nie ialah lelaki yang pandai mengambil hati dan bijak memainkan kata-kata . Aww ~ Sweetnyee >.<

4. Duit
Jangan korang fikir pulak yang kami nie hanya perempuan yang 'materialistik' pulak . Memang ada golongan yang macam tu tapi tak semua kan . Kami hanya mahukan lelaki yang berwibawa dan berkerjaya sahaja . Dari situ kita dah dapat lihat yang lelaki yang jenis macam ini ialah seorang lelaki yang betul-betul bertanggungjawab .

5. Bijak 
Kami bukan apa . Kami hanya mahukan lelaki yang bijak dan berpendidikan tinggi sahaja . Walaupun dia kurang bijak sekurang-kurangnya dia boleh melanjutkan pelajaran jadi masa depan mereka cerah . Kalau korang nak menampakkan diri korang tu bijak , pakailah cermin mata yang tak ada power tu XD Mesti nampak korang akan nampak seperti seorang yang intelek . Padahal korang just nak bergaya supaya nampak lebih trendy kan ? ;)

6. Sensitif
Kami mencari lelaki yang bersifat sensitif agar korang dapat memahami perasaan kami . Kami pon berasa selesa dengan sikap korang kerana tidak bersikap egoistik dan keras hati .

7. Suka Budak-Budak
Haa ! Lelaki macam nie lah yang perempuan sangat suka . Korang akan nampak macho bilak korang pandai melayan kerenah budak-budak . Paham-pahamlah kan kerenah si kecil nie jenis yang macam mana . Sikap ambil berat atau caring korang akan terserlah disitu .

8. Pandai Bergaya
Kami tahu lelaki zaman sekarang nie suka bergaya . SUKA bergaya bukannya PANDAI bergaya . Ada beza disitu ehh ? Jadi banyak-banyakkanlah membaca majalah fesyen yang terkini . Haa ! Bagi cik abg yang keding-keding tu , naik-naikkanlah sikit muscle korang tu ekk . Supaya kami akan berasa selamat bila berdamping bersama korang :)

Apapun tiada yang sempurna didunia nie , tapi tak salahkan kalau pura-pura sempurna XD Kidding2 :P

0 Gosip-Gosip:

Catat Ulasan

 

Copyright © 2011 Reserved to Make your dreams to reality
Design by Mr.Sepet