Sabtu, 22 Oktober 2011

Kisah Kami . . .

Awak terima kasih untuk segala-galanya saya ucapkan
Awak sabar je dengan semua kerenah saya
Awak tak kisah saya gedik
Awak tak kisah saya mengada-ngada
Awak tak kisah saya manja

Awak terima kasih untuk segala-galanya
Awak tak pernah lupa untuk nasihatkan saya
Awak tak pernah lupa untuk tegur saya
Awak tak pernah lupa untuk ingatkan saya
Tentang semua kesalahan yang saya lakukan

Saya ingat lagi masa kita sama-sama jalan-jalan dekat shoping mall
Masa tu saya suruh awak tunggu saya sebab saya nak pergi toilet perempuan
Masa saya on the way nak balek semula kat awak
Saya terharu tengok awak
Awak tengah tolong angkat barang nenek tua yang terjatuh
Padahal nenek tu baru je marah awak tadi sebab awak terlanggar tongkat dia
Nenek tu siap nasihat kat awak jangan bawak anak dara orang keluar sesuka hati
Awak siap cakap terima kasih dekat dia
Saya terharu
Saya tak sangka dalam hidup saya akan datangnya orang macam awak

Awak terima kasih untuk segala-galanya
Kerana awak sudi bersama saya
Masa saya suka dan duka

Awak tak kisah kalau saya call awak tengah-tengah malam
Sedang awak nyenyak tidur
Semata-mata untuk cerita dekat awak pasal mimpi ngeri saya
Lepas tu awak bebel dekat saya sebab saya tak ikut cakap awak
Yelaa saya lupa nak basuh kaki sebelum masuk tidur
Awak saya tak sengaja

Awak terima kasih awak
Awak tak kisah pon apa yang saya buat dekat awak
Saya tahu yang awak banyak terasa dengan saya
Saya nie lurus
Saya nie tak de perasaan
Tapi awak masih terima saya
Masih sayang saya
Untunglah ada orang sayang

Awak ...
Walaupun tiap-tiap hari saya sakitkan hati awak
Saya nak awak tahu
Satu perkara je yang perlu awak tahu pasal saya dan awak
Saya tak pernah lupa untuk ingatkan diri saya sendiri tiap-tiap hari yang
SAYA SAYANG AWAK <3

0 Gosip-Gosip:

Catat Ulasan

 

Copyright © 2011 Reserved to Make your dreams to reality
Design by Mr.Sepet